Tuesday, October 6, 2009

Perhatian ! Perhatian !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perhatian kepada semua warga 1A7 @ 1 Ibnu Arabi SHAMS, anda dilarang sama sekali untuk menggunakan lintasan zebra di hadapan pondok menunggu (wakaf). Pelajar-pelajar hendaklah melintas lintasan zebra berlampu isyarat. Sekian.

Okay. Bukan apa ni... Harap semua orang boleh patuh akan arahan tersebut. Think about it. Our school wants us to stay out of danger. That's why they made the traffic light for US, students. Kebanyakan yang melintas; majoritinya adalah student SHEIKH ABDUL MALEK SCHOOL.

Okey, katakan antum malas, you still have to do it jugak. You can't obey the school rules. Sekali kita langgar peraturan sekolah yang sekecil kuman, tak mustahil kita boleh langgar peraturan-peraturan lain yang lebih besar sehinggalah sebesar gajah.

Hah... One more thing. Dalam hidup ni, we have to be patient. Jangan jadi tak sabar-sabar. Assobaru minal iman. Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Fikir-fikirkan, ya!

Jangan gelojoh, kerana tak mustahil kegelojohan anda akan membawa kepada maksiat. Contoh:
Ali terlanggar Bedah kerana dia berlari ingin masuk ke kelas.

Ha... Dah nampak kat situ. Bila kita berlanggar tubuh dengan tubuh, dah tentulah nak menghampiri zina. Wala takrobuzzina; dan janganlah kamu mendekati zina.

Peristiwa ini hampir berlaku sewaktu ingin masuk ke makmal komputer baru-baru ini. Ah, yang tak sabar sangat tu kenapa? Tak lari punya komputer kat dalam makmal tu. Don't be stupid, okay!

Kenapa ada perangai sebegini? Kerana syaitan senantiasa berbisik di telinga. Ya, syaitan. Syaitan sering menjadi teman kita. Kenapa? Kerana kita sentiasa melakukan yang mungkar. Fikirkan! Fikirkan!

Ana bukanlah nak tunjuk KEHEBATAN ana sebagai seorang pelajar. Ana sama sahaja sebagaimana pelajar-pelajar kelas ana. Mungkin mereka lebih hebat. Mungkin ana mempunyai kelebihan, tapi jangan lupa, setiap manusia ada kelemahannya.

Manusia tak sempurna. Ya, itu alasan setiap kali kita buat masalah. Okay, if we are not perfect, why don't we just practice sampai kita tak buat kesalahan lagi? Ingat ya, kawan-kawan. Practice makes prefect!

Hari ini, sedikit petikan dari majalah Perisai. Marilah kita renungkan dan kongsi bersama yang lain. InsyaAllah, dapat dimanfaatkan.

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH (ada tujuh semuanya)
  • Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
  • Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
  • Roh para syuhada berterbangan seperti burung ke syurga sekehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Segala yang buruk datangnya dari penulis ini sendiri. Yang baik itu datangnya dari Allah. Hakikatnya, kedua-duanya dari Allah jua. Wallahualam bissawab.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

No comments:

Post a Comment