Sunday, March 14, 2010

....

assalamualaikum w.b.t.

annyeong haseyooo.,,,'ainul-sshi imnidaaa !


hukhuk..debo gak 5 ringgit beno..1st time posting ni..MyEm0.Com
*tidakkkk..kpada alysh..pinjam quote 5 ringgit kjp yepp..
MyEm0.Com

huhu..jadi seperti yang ana ada kbo aritu..insya Allah abis pekse TOV,,ana nak post ah skali kat blog kelas kite ni op..lame oh terbiar..sadis gak sikit2..
MyEm0.Com

jadi .. kali ni Insya Allah ade ah nak bg pengisian sikit..
ana terjumpa cerita ni kat salah satu website..dan cerita memang best!
kalau baca sekali dan tidak faham,,sila ulang,,
(dan jangan bace laju ngat ye..TT __________TT)


SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar. Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. "Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Akhirnya Amar meninggal dunia. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kepada kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.." "Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki jolokan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
p/s:jika terslah maklumat,,sila informkan segera kat Jejak Jejak 1A7 ..segala kesilapan harap dimaafkan,,juga segala kelemahan post ana ini kerana yang baik itu datangnya drpd Allah s.w.t yang Maha Berkuasa,,dan yang buruk itu datangnya dr diri ana sendiri yang amat lemah sebagai hamba-Nya.
MyEm0.Com
p/s ii : kpada sesiapa yang mempunyai akaun laman sosial Friendster (1 Ibnu Arabi SAHAJA,join le group 1A7 ow yang ber''debu'' sangat2 dah tu,,bleh kita bg tazkirah kat tu ke,,aktiviti2 kat tu ke..yang dah join..jenguk2 la..huhu)
akhir kalam..
kamsahamnidaaaaa ! ~~
wallahualam..
assalamualaikum w.b.t.

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN TOV YANG AKAN DATANG!!!!

ehem3 kali nie kanak-kanak ribena lak yang nok post(tau2 jerlah sapa ye.....!!!)

benonya adop mnda pon nak tulis tp sesaje nak tulis gop

buat sume hok bergelar warga 1a7 shams 2009,periksa molek2 biar masa tingkatan 3 naik kelas belako yeh biar kls yang ke 4 and up up and away!!!!!


setakat tu jer lah nak kabo adop modal ekpon nak tulis setakat jalankan tanggungjawab jer


salam........

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul 1431H


Assalamualaikum dan salam bahagia kepada anda semua warga 1A7 yang sedang membaca. *ayat skema (bukan lukisan skematik ye, anak-anak)

Okeylah, sempene hari Maulidur Rasul esok, Kak Fifi nak kongsi somethinglaa dengan adik-adik yang baik budi pekerti serta bicaranya. *sila jangan perasan terlalu banyak

And, Kak Fifi harap adik-adik bolehlaa jaga diri sepanjang berada di SHAMS. Wokeyh, dik? Kak Fifi harap sangat-sangat. :)





PENGENALAN


Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:
http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:


BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).


MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).


BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).


MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).


MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).


PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.


tlg bg laluan....

haha.. saje je.. nk tau sape yg tgh on skrg ni?? ni sy lah.. MOYANG ATIQAH!! haha.. asyik kak jer... moyang lah pulak.. wahahaha...
sje2 je nk p0st ni..
nk try jer..
x de krje cari kerje...
hahaha..(asyik gelak jer.. mase bile nangis au..)

n nk say g00dluck lah for this T0V... tinggal brape hari jer g...
s0rry kalu p0st yg ni x bes atau pendek sgt3...(mmg x bes.. wuuu!!)



tu jer..
WASSALAM..

PEACE NO WAR.. (x au pasa tiba2 tubek prkataan ni..haha..)

Saturday, February 20, 2010

Kebangkitan Semula(ye dop??)

Assalamualikum WBT...

Hari ini kak Sabrina nk kabo se perkara yg x penting sgt pon benonye...
Iaitu akak dah start chat semula kat chatroom hok comey buatan kak Fifi kat tepi tu!!!
Wat tanda hormat skit...
*sabbik ker??dok pon...

Okey2...
Mende tu tak penting mane pun...
Yang pentingnyer hari ni kak akan tulis satu post lar utk korang sbb kak tengok blog ni pun sunyi bebenor!!!Cengkerik pun malas singgah nampok gayenyer!!!

Kesian ke kak Fifi sebab ye sorang jer yang boleh dikatekan aktif skali tulis post kat blog ni.Letih ye ooo...Bagi ar ye rehat jap ...

Jadi,oleh kerana tugasan kak pun dah siap dan akak sendiri pun ade sekelumit sifat baik ari ni,jadi akak pun sudilar kirenyer tulis post sutey utk korang...
Jadi,oleh sebab tak lame lagi kite pun akan berangkat ke battlefield atau lebih dikenali sebagai medan perang sebagai seorang pelajar(periksa ah kirenyer,xkan tu pon xtau)dengan membawa senjata seperti pensel,pemadam,pembaris and the geng yang sewaktu dengannye,jadi akak harap kite dah bersedia ah kirenyer...
Kepada saper-saper yang ade tak paham apa yg cikgu ngajo tu,ana harap bleh ar tanyer org lain ker,ulangkaji ker,kirenyer cara masing-masing lah yer.
Yang penting,korang tido mesti cukup,kalau dah letih sgt study,korang rehat ah sekejap.Jangan pakse sgt diri tu.Akak harap xdop ah orang kate,"saya dok bace pun buku,buku bace saya!!".
Pemakanan pun kena jage jugak.Jangan makan ngarut-ngarut sgt ah.Kekgi sakit,takleh nk gi jawab periksa pulak.Tak pasal-pasal korang dapat markah '0'.Kesian...isk3...
Seterusnya,korang xleh fikir yang periksa ni perkara yang susah.Relaks jer.Yang penting korang mestilah study.InsyaAllah kita boleh hadapi peperiksaan ni dengan sebaik mungkin...
~JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH,KAU PASTI BOLEH MELAKUKANNYA!!!~
~NOTHING IS IMPOSSIBLE~
~INSYAALLAH~
Akhir kate,papepun perkara baik yang korang buat,mestilah dimulakan dengan...
Religious Myspace Comments
Ambik berkat skit...Baru senang jawab periksa...InsyaAllah...
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Sunday, February 7, 2010

seuntai kata untuk dirasa. (xberape sabbik)

Assalamualaikum kepada semua warga pembaca.
Sedihnye la blog ni senyap terus... Dengan dukacita dimaklumkan bahawa...

























































































































bahawa...adop bende pun...saje je wak suspen. Hihi.

Pastu...nok dedicated puisi ni buat semue warge 1A7 yang dirindui...
Tika mentari melabuhkan sinarnya
Ku mengimbas kembali
Nostalgia bersamamu teman
Yang telah meninggalkan seribu kenangan pahit manis

Pabila kukenang kembali
Senda gurau kita bersama
Tak tertahan sebak di hatiku
Bagaikan dihiris sembilu
Air mata menjadi saksi

Aur dan tebing takkan bercerai selamanya
Air yang dicincang takkan putus
Tapi persahabatan tidak berlandaskan keikhlasan dan kejujuran
Pasti akan musnah binasa

Oh Tuhan
Kiranya aku berdosa
Bukakanlah pintu hatiku
Peluang untukku bertaubat padaMu
Dari segala dosa yang telah aku lakukan

Oh teman
Kiranya aku bersalah
Maafkanlah kesilapanku
Andainya pernah menghiris hatimu
Semoga hidup kita dirahmati Allah
Maafkan Kak Fifi jike ade silap dan saloh, ketidakpuasan hati nge Kak Fifi yang serbe lemoh ni...

Kalu ade dok puah ati, mari ah face-to-face ngan Kak Fifi... Jangan ngumpat dari belakang lop, dok pasal-pasal buleh dose...

Mitok maaflah kalu selame ni banyok ngak ngaroh, banyok ngak 'ngajowk', banyok ngak terase aty... Nok wak guane, orang tue memang gini... Haha.. Mengikut kajian, orang lahir bulan Januari ni sensitif lebih aaaa sket..

Pastu... Kak Fifi nok ucapkan good luck sempene minggu sukan ni... Lalala~ SEMOGA BERJAYA!!!

Ermm...pastu, rajin-rajinlah menjenguk ke blog Kak Fifi... Haha. Dop eh, saje je promote.

Kk, salam!

Saturday, January 23, 2010

senyap tupah adop bende.daa~

Salam.
Sekali lagi blog ini senyap tidak berpenghuni.
And one more time Kak Fifi ingatkan, takkan nok harap ke ambe je update blog ni.
Baik dakyoh wak blog 1A7 ah kalu nok suruh ambe je update sokmo.
Ambe mitok maaf ah, tapi kalu akmboh layan, akmboh update, akmboh care ke blog ni, ambe delete ah.
Okee?

Tu je.
Wassalam.